š¬ Angkat š¬
Sebuah naskhah komedi gelap arahan Feisal Azizuddin bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 14 Ogos 2025. Jangan lepaskan peluang untuk saksikan kisah penuh satira, emosi dan gelak tawa ini!šŗ Info Filem
š Genre: Komedi Gelapš Tarikh Tayangan: 14 Ogos 2025
✍️ Lakon Layar: Wong King Wai, Feisal Azizuddin
š¬ Pengarah: Feisal Azizuddin
š¢ Produksi: Feisk Productions
✨ Barisan Pelakon
⭐ Firdaus Karim sebagai Ibrahim⭐ Sky Iskandar sebagai Yusof
⭐ Syazani Zikry sebagai Karim
⭐ Sara Mack Lubis sebagai Mia
Serta dibintangi: Ayu Azlina, Azhar Amir, Liana Rafiai & Nazmi Suhaimi
š Sinopsis
Tiga beradik – Ibrahim, Yusof dan Karim – yang renggang hubungan dipaksa bersatu untuk membawa pulang jenazah bapa mereka, Pak Gani, seorang tukang kayu yang dihormati, ke kampung terpencil bagi dikebumikan. Dengan bantuan Mia, pemandu van yang lantang dan selamba, mereka memulakan perjalanan penuh cabaran.
Namun, 30 kilometer sebelum sampai, van mereka rosak. Demi menyempurnakan perjalanan terakhir arwah ayah, mereka nekad memikul keranda dan menyambung perjalanan dengan berjalan kaki. Dalam hujan lebat, jalan pintas yang mereka pilih membuka lebih banyak halangan, rahsia-rahsia keluarga terbongkar, dan mereka perlu hadapinya bersama agar dapat kembali sebagai sebuah keluarga.

Posting Komentar