Jangan ketinggalan menyaksikan drama Cinta Kedua yang diadaptasi daripada novel My Mr Blind Date karya Julia Ayu. Drama ini akan ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton bermula 20 April 2026, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 12.00 tengah malam. Arahan Idora Abdul Rahman ini menampilkan barisan pelakon utama seperti Raden Zaharatul, Hafidz Roshdi dan Syarul Ezani.
Cinta Kedua
Episod: 28
Tarikh Tayangan: 20 April 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani, Ramlah Rashid, Eja Lorena, Zarihah Hassan
Pengarah: Idora Abdul Rahman
Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Raden Zaharatul sebagai Bella Ammara / Bella Batrisyia
Hafidz Roshdi sebagai Daniel Rizki
Syarul Ezani sebagai Afiq Adam
Syazuwan Hassan sebagai Kamal
Aleza Shadan sebagai Puan Hana
Noniswara sebagai Puan Sri Nia
Khalida Balqis sebagai Sakinah
Hanna Halim sebagai Sofea
Lana Nordin sebagai Datin Fiona
Amir Mirza sebagai Anas
Marc Syahmie sebagai Mikail
Kael sebagai Budi
Tisya Ong sebagai Lily
Khayrisyah Kemal sebagai Dian
Wan Ellyas sebagai Ally
Nik Ramly sebagai Tuan Abdullah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Renjana
Penyanyi: Kechik
Komposer: Putera Muhammad, Herman Kamal
Lirik: Putera Muhammad
Sinopsis
Drama ini mengisahkan perjalanan hidup Bella Ammara yang terpaksa melalui perceraian talak tiga akibat fitnah ibu mentuanya sendiri. Dalam keadaan hati yang hancur, Ammara bangkit untuk memulakan hidup baharu. Takdir kemudian menemukan dirinya dengan Daniel Rizki, lelaki yang hampir menjadi cinta sejatinya.
Namun, hubungan mereka tidak bertahan lama apabila mereka berpisah selama dua tahun. Masa memisahkan mereka, tetapi perasaan yang masih tersisa akhirnya mempertemukan mereka kembali.
Cinta yang bersemi semula membawa kepada perkahwinan, namun Ammara tidak mengetahui satu rahsia besar yang mampu menghancurkan segalanya—Rizki sebenarnya sepupu kepada Afiq Adam dan juga ‘cina buta’ yang telah diatur khas untuknya.

Posting Komentar