Saksikan drama bersiri Isteri Rahsia Ungku Jabbar yang diadaptasi daripada novel Badass Wife Ungku Jabbar karya Mia Azwari, bakal menemui penonton bermula 20 April 2026. Drama ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di MegaDrama, Astro Ria, serta boleh distrim menerusi Astro GO dan sooka. Naskhah arahan Rashid Sibir ini diterbitkan oleh Suhan Movies & Trading Sdn Bhd.
Isteri Rahsia Ungku Jabbar
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 20 April 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Saluran: Astro Ria
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Novelis: Mia Azwari
Penulis Skrip: Nieza Nahar & Suzanna Zaily
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Keith Foo sebagai Ungku Jabbar
Harissa Adlynn sebagai Nilam
Ezaidi Aziz sebagai Ungku Jiyad
Scha Elinnea sebagai Melina
Dynas Mokhtar sebagai Ungku Jesnita
Azri Iskandar sebagai Raja Sobri
Syad Mutalib sebagai Yati
Edaman Othman sebagai Kamal
Adam Nafian sebagai Nazrul
Fadilah Mansor sebagai Tokma
Hanna Faresha sebagai Ayra
Shazia Rozaini sebagai Sofia
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Bayang Kelam
Komposer: Airrol Azman & Glowrush
Lirik: Airrol Azman
Sinopsis
Kisah ini berpusat kepada Ungku Jabbar yang terpaksa mengahwini seorang wanita yang menjadi mangsa perbuatan adiknya sendiri, dengan niat awal sekadar menutup aib keluarga. Namun, segalanya berubah apabila Nilam—isteri rahsia yang sarat dengan luka dan keberanian—perlahan-lahan mencuri hatinya.
Ketika cinta mula bersemi, kemunculan semula Jiyad yang mahu merebut kembali Nilam mencetuskan konflik emosi, pengkhianatan dan pengorbanan. Keadaan itu akhirnya memaksa Nilam membuat keputusan besar, termasuk melepaskan segala yang dimilikinya.

Posting Komentar