Jangan ketinggalan mengikuti drama bersiri Cahaya Anak Lorong yang bakal bersiaran mulai 7 Mei 2026 menerusi slot Samarinda di TV3. Drama 13 episod ini akan ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam dan turut boleh distrim di platform tonton. Naskhah arahan Pali Yahya terbitan Mache Allstar United ini menampilkan barisan pelakon seperti Izzue Islam, Ranea Ezreen, Fariz Isqandar, Syad Mutalib dan Areef Amran.
Cahaya Anak Lorong
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 7 Mei 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton
Penulis Skrip: Adza Emie & Azal Ezreen
Pengarah: Pali Yahya
Produksi: Mache Allstar United
Watak Pelakon
Izzue Islam sebagai Cikgu Amir
Ranea Ezreen sebagai Sofea
Fariz Isqandar sebagai Bad
Areef Amran sebagai Hakimi
Syad Mutalib sebagai Balqis
Azrell Iskandar sebagai Mok
Turut dibintangi Balkisyh Semundur Khan, Shah Faris, Adam Corrie dan Shazia Rozaini.
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Perjalanan
Penyanyi: Ernie Zakri, Andi Rianto
Lirik: Andi Rianto & Ernie Zakri
Sinopsis Cahaya Anak Lorong
Drama ini mengetengahkan kehidupan remaja yang sering tersisih dan dipandang sepi oleh masyarakat. Sekolah Bimbingan Kasih (SBK) menjadi tempat perlindungan buat pelajar bermasalah yang datang daripada latar kehidupan penuh cabaran. Cikgu Amir, yang dipindahkan ke sekolah tersebut, pada mulanya hanya mahu meninggalkan SBK secepat mungkin. Namun, pengalaman berdepan dengan realiti hidup para pelajar membuka matanya terhadap dunia yang jauh berbeza daripada jangkaannya.
Antara pelajar yang mencuri perhatian ialah Sofea, Bad dan Mok, remaja jalanan yang menjalani hidup dengan cara tersendiri demi meneruskan kelangsungan hidup. Kehidupan mereka semakin rumit apabila Hakimi mula mempergunakan remaja lorong sebagai keldai dadah. Sofea pula sering menentang peraturan sekolah dan mencetuskan pelbagai konflik dengan guru-guru di SBK, sekali gus menggambarkan kerasnya kehidupan kota yang mereka tempuhi.
Dalam masa yang sama, Cikgu Amir diberi tanggungjawab besar untuk memastikan pelajar-pelajar tersebut berjaya menguasai ujian 3M — membaca, menulis dan mengira. Walaupun berdepan tekanan dan berusaha memohon pertukaran sekolah, dia semakin terikat dengan nasib anak-anak didiknya. Sedikit demi sedikit, Cikgu Amir mula memahami bahawa setiap pelajar mempunyai kisah luka dan perjuangan yang tidak pernah diketahui orang lain, menjadikan perjuangannya sebagai seorang guru semakin mencabar dan penuh emosi.

Posting Komentar