Free Tonton The Furiious: Pertaruhan Maruah

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem aksi thriller terbaharu berjudul Konspirasi yang mengetengahkan usaha penguatkuasaan dalam memerangi rasuah secara penuh dramatik dan realistik. Filem ini turut memaparkan isu kebocoran maklumat siasatan melibatkan pendedahan data sulit serta rahsia operasi kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Konspirasi diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan menampilkan barisan pelakon popular seperti Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Syiqin Kamal, Sarimah Ibrahim, Amir Nafis dan Esma Daniel. Filem terbitan Elepfilm Entertainment ini dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 21 Mei 2026.

Konspirasi
Genre: Aksi, Thriller
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2026
Penulis Skrip: Fairul Nizam Ablah, Ghaz Abu Bakar, Mamu Vies
Pengarah: Ghaz Abu Bakar
Produksi: Elepfilm Entertainment

Barisan Pelakon
Adi Putra sebagai Adli
Hisyam Hamid sebagai Dhani
Alicia Amin sebagai Maya
Syiqin Kamal sebagai Ily
Sarimah Ibrahim sebagai Datuk Suraya
Amir Nafis sebagai Mikael
Esma Daniel sebagai Datuk Azizul
Roy Azman
Rusdi Ramli
Khir Rahman
Alif Hadi

Sinopsis Konspirasi
Sebuah unit elit ditugaskan menjalankan operasi sulit untuk mendapatkan sebuah pelayan rahsia yang menyimpan senarai ahli politik korup bersama rekod transaksi kewangan luar pesisir.

Namun, misi yang diketuai Adli itu bertukar huru-hara apabila sebahagian data sulit tersebar ke media dan laman web gelap sehingga mencetuskan ketegangan politik negara.

Ketika keyakinan rakyat semakin goyah dan wujud kecurigaan terhadap pengkhianat dalam pasukan sendiri, mereka mula menjejaki petunjuk yang mengaitkan seorang pakar keselamatan siber dan penggodam terkenal.

Operasi yang pada awalnya sekadar misi rahsia akhirnya berkembang menjadi konspirasi besar melibatkan perebutan pengaruh politik, ancaman serangan siber berskala besar serta campur tangan pihak asing yang cuba menggugat kestabilan negara.

Posting Komentar