Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem istimewa sempena Hari Jururawat berjudul Gelora Di Hati Ufaira yang bakal disiarkan pada Sabtu, 9 Mei 2026 jam 9 malam menerusi TV1 dan platform RTMKlik.
Gelora Di Hati Ufaira
Waktu Siaran: Sabtu, 9 Mei 2026, 9.00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Noy Ibrahim, Chinta Nadeesha
Pengarah: Zamri Zakaria
Produksi: Aspire Production
Pelakon: Nad Zainal, Rita Nadira, Aleza Shadan dan Kazar Saisi.
Sinopsis Gelora Di Hati Ufaira
Telefilem ini mengisahkan Ufaira, seorang jururawat yang bertugas di kawasan pedalaman masyarakat Orang Asli. Dalam menjalankan tanggungjawabnya, dia perlu menghadapi pelbagai cabaran termasuk penolakan masyarakat setempat serta konflik yang berlaku dalam keluarganya sendiri.
Walaupun diuji dengan pelbagai kesukaran dan kehilangan insan tersayang iaitu ibunya, Ufaira tetap cekal meneruskan khidmatnya. Kesungguhan dan pengorbanannya akhirnya berjaya membuka hati penduduk kampung untuk menerima kehadirannya, sekali gus menguatkan tekadnya untuk terus berbakti demi tugas dan kemanusiaan.

Posting Komentar