Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri Griya: Rahsia Seorang Lelaki yang bakal menemui penonton mulai 9 Mei 2026 secara eksklusif di platform penstriman iQIYI. Drama 10 episod terbitan Skop Productions ini diarahkan oleh Faisal Ishak dan menampilkan barisan pelakon seperti Nazim Othman, Chacha Maembong, Scha Alyahya, Dynas Mokhtar, Hazama serta Nia Atasha.
Griya: Rahsia Seorang Lelaki
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2026
Platform Penstriman: iQIYI
Pengarah: Faisal Ishak
Produksi: Skop Productions
Watak Pelakon
Nazim Othman sebagai Razman Hashim
Chacha Maembong sebagai Sophia
Scha Alyahya sebagai Detektif Liana
Dynas Mokhtar sebagai Razia (Kak Yan)
Hazama
Nia Atasha sebagai Sara
Hanna Aqeela sebagai Julie
Marisa Yasmin sebagai Wan Khatijah
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sakit
Penyanyi: Zyn Akal
Komposer & Lirik: Yonnyboii & Zyn Akal
Sinopsis Griya: Rahsia Seorang Lelaki
Drama ini mengisahkan Sophia, seorang peguam pintar yang menyamar demi menyiasat Razman, seorang duda kaya yang dikaitkan dengan kematian dua bekas isterinya serta penipuan harta. Dalam usaha mencari kebenaran, Sophia menjalinkan hubungan palsu dengan Razman sehingga membawa mereka ke alam perkahwinan.
Selepas memasuki kehidupan Razman dan tinggal di rumah agamnya, Sophia mula menyelongkar satu demi satu rahsia gelap yang tersembunyi di sebalik lelaki tersebut. Namun, penyiasatan itu semakin berbahaya apabila dia sendiri mula terperangkap dalam permainan penuh muslihat, misteri dan ancaman yang boleh mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Posting Komentar