Jangan lepaskan peluang menonton filem seram Pewaris Susuk arahan Faizal Nadxaman yang bakal menghantui pawagam seluruh negara mulai 30 April 2026. Filem ini menampilkan barisan pelakon seperti Sarimah Ibrahim, Alya Iman dan Rosyam Nor.
Pewaris Susuk
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 30 April 2026
Cerita Asal: Hariff Ahamat
Penulis Skrip: Naza Manas
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Anomali Media Production, Primeworks Studios
Barisan Pelakon
Sarimah Ibrahim sebagai Seroja
Alya Iman sebagai Maya
Rosyam Nor sebagai Hadiff
Dayang Fajra sebagai Ayu
Trisha Ooi sebagai Seri
Hairie Othman sebagai Tok Ali
Aleza Shadan sebagai Noor
Abon sebagai Mbah Slamet
Sherie Merlis sebagai Juriah
Sinopsis Pewaris Susuk
Di sebalik kehidupan mewah dan penuh pengaruh, tersimpan rahsia hitam yang diwariskan turun-temurun tanpa kerelaan. Seroja menikmati kehidupan yang tampak sempurna, namun dirinya terikat dengan satu perjanjian terlarang yang menuntut pengorbanan besar. Setiap kemewahan yang dimiliki hadir bersama harga yang perlu dibayar, sementara ketamakan manusia semakin melampaui batas hingga nyawa menjadi pertaruhan.
Dalam masa yang sama, Maya mula menyiasat misteri yang menyelubungi keluarganya. Tanpa disedari, rasa ingin tahunya membawa dia ke dalam sebuah permainan berbahaya yang sukar untuk dilepaskan. Kepercayaan mula memakan diri, dan setiap rahsia yang terbongkar membuka jalan kepada ancaman yang semakin mengerikan.
Saat pertentangan antara warisan darah dan pengorbanan memuncak, seseorang akhirnya perlu membuat keputusan paling sukar demi menentukan nasib mereka semua.

Posting Komentar