Free Tonton Poskad Cinta Dari Istanbul

 

Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem Poskad Cinta Dari Istanbul yang akan mula ditayangkan di platform penstriman UTV pada 29 April 2026 jam 9 malam. Telefilem ini merupakan sambungan kepada Poskad Cinta Dari Auckland dan menampilkan gandingan pelakon popular seperti Fattah Amin, Amira Othman, Nora Danish, Sherry Alhadad, Bell Ngasri dan Ajai.

Poskad Cinta Dari Istanbul
Tarikh Tayangan: 29 April 2026
Platform Penstriman: UTV
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Seventy One Studios

Watak Pelakon
Fattah Amin sebagai Din
Amira Othman sebagai Mira
Nora Danish sebagai Effa
Sherry Alhadad sebagai Anggun
Bell Ngasri sebagai Bell
Ajai sebagai Mehmet

Sinopsis Poskad Cinta Dari Istanbul
Kisah ini mengikuti kehidupan pasangan pengantin baharu, Mira dan Din, yang mula diuji apabila Mira menerima sekeping poskad misteri dari Istanbul dengan tanda huruf “E”. Demi mencari jawapan, mereka berdua berangkat ke Istanbul dan di sana Mira bertemu dengan Effa, cinta pertama Din yang sedang melalui fasa sukar dalam hidupnya.

Pertemuan tersebut menghidupkan kembali kenangan lama dan secara tidak langsung menggugat hubungan Mira dan Din. Rahsia silam yang mula terbongkar menjadikan kepercayaan dan kesetiaan mereka sebagai taruhan dalam mempertahankan rumah tangga yang baru dibina.

Posting Komentar