Free Tonton Siti Hajar

 

Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem khas Aidiladha berjudul Siti Hajar yang akan ditayangkan pada Rabu, 27 Mei 2026 jam 9 malam menerusi aplikasi AlHijrah Plus.

Siti Hajar
Waktu Tayangan: Rabu, 27 Mei 2026, 9:00 malam
Platform Penstriman: AlHijrah Plus
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd

Telefilem ini dibintangi oleh Zahiril Adzim, Siti Elizad, Aishah Azman, Fadilah Mansor dan Faezah Elai.

Sinopsis Siti Hajar

Telefilem ini mengisahkan Siti Hajar, seorang wanita yang berperwatakan keras dan gemar menjalani kehidupan bebas, namun terpaksa memikul tanggungjawab menjaga ibunya yang sedang menghidap Alzheimer.

Dalam keadaan ingatannya yang semakin terganggu, si ibu sering memanggil Hajar dengan gelaran “Hajjah” kerana menyangka anaknya itu ialah dirinya sendiri ketika muda. Demi menjaga perasaan ibunya, Hajar mula berpura-pura menjadi seorang wanita yang alim dan sopan.

Tanpa disedari, lakonan yang pada awalnya sekadar untuk menenangkan hati ibunya perlahan-lahan memberi kesan mendalam terhadap dirinya. Sedikit demi sedikit, Hajar mula berubah menjadi insan yang lebih baik dan memahami makna sebenar kasih sayang serta pengorbanan.

Posting Komentar