Free Tonton Anak Bapak

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem sempena Hari Bapa berjudul Anak Bapak yang bakal menemui penonton pada Rabu, 24 Jun 2026, pukul 9.00 malam menerusi TV2 dan RTMKlik.

Anak Bapak
Tarikh Siaran: Rabu, 24 Jun 2026
Masa: 9.00 malam
Saluran: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Rosmadewi Zin
Pengarah: Abd Latif Ismail
Produksi: Regal International Network
Barisan Pelakon: Wafariena Roslan, Ruzaidi Abd Rahman, Nafiz Muaz, Mas Anizan dan Rahim Omar.

Sinopsis
Pak Daud dikenali sebagai seorang lelaki yang tegas, garang dan cepat berang sehingga ramai penduduk kampung pernah menjadi mangsa sikapnya. Setelah pemergian isterinya, dia hanya tinggal bersama anak perempuan tunggalnya, Alia. Kini Alia yang sudah dewasa ingin menikmati kehidupan sosial seperti rakan-rakan seusianya, namun setiap langkahnya sentiasa dikawal ketat oleh bapanya. Keadaan itu menyebabkan ramai lelaki berasa gentar untuk mendekati Alia. Kehadiran Haris, anak saudara Pak Hasan yang baru pulang dari Kuala Lumpur untuk memulakan kehidupan baharu di kampung, membuka lembaran cerita baharu. Perasaan Haris terhadap Alia semakin mekar, namun untuk mendekatinya, dia perlu terlebih dahulu berdepan dengan ketegasan dan kemarahan Pak Daud.

Posting Komentar