Saksikan drama Viu Original terbaharu, Bidadari Tanpa Syurga, yang akan mula ditayangkan di platform Viu Malaysia bermula 11 Jun 2026. Siri sebanyak 12 episod ini disiarkan setiap Khamis dan Jumaat pada jam 12 tengah hari. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Jamal Khan dengan naskhah hasil tulisan Liza Nur. Barisan pelakon utamanya menampilkan Aaron Aziz, Nadiya Nisaa dan Syad Mutalib.
Bidadari Tanpa Syurga
Jumlah Episod: 12
Tarikh Tayangan: 11 Jun 2026
Waktu Siaran: Khamis & Jumaat, 12.00 tengah hari
Platform Penstriman: Viu Malaysia
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Jamal Khan
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Barisan Pelakon dan Watak
Aaron Aziz sebagai Azlan
Nadiya Nisaa sebagai Farhah
Syad Mutalib sebagai Aisyah
Lorenzo Irmann sebagai Ferqin
Faye Kusairi sebagai Ratna
Rahim Jailani
Sahronizam Noor
Idzham Ismail
Jihaa Sham
Ziela Jalil
Wan Raja
Fadilah Mansor
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Hujung Indah
Penyanyi: Umairah
Komposer: Firdaus Rahmat & Iqie Hugh
Penulis Lirik: Firdaus Rahmat & Iqie Hugh
Sinopsis
Drama ini berkisarkan kehidupan Azlan, seorang pengasas NGO yang dikenali ramai kerana sering membantu individu dan keluarga yang berdepan kesempitan hidup. Apabila seseorang dihimpit masalah kewangan atau berhadapan situasi yang terlalu sulit untuk dikongsikan, Azlan sering menjadi tempat mereka mendapatkan pertolongan dan nasihat.
Dengan keperibadian yang tenang, berpengetahuan agama serta dihormati masyarakat, Azlan dilihat sebagai contoh lelaki Muslim yang berakhlak mulia dan sentiasa berpandukan ajaran agama dalam setiap tindakannya.
Namun di sebalik imej yang tampak sempurna itu, rumah tangganya bersama Farhah tidak seindah yang disangka. Farhah kerap mempertikaikan perhatian dan masa yang diberikan Azlan kepada keluarga sehingga dia sering dianggap oleh orang sekeliling sebagai isteri yang gagal memahami tanggungjawab suaminya.
Konflik semakin memuncak apabila Azlan mengambil keputusan untuk bernikah dengan Aisyah, anak kepada seorang lelaki miskin. Baginya, perkahwinan tersebut merupakan satu amanah yang didorong oleh nilai kemanusiaan dan tuntutan agama.
Namun, keputusan itu tidak membawa ketenangan seperti yang diharapkan. Sebaliknya, ia membuka lembaran baharu yang sarat dengan konflik. Farhah dan Aisyah terpaksa menempuh kehidupan berpoligami di bawah satu bumbung, berdepan tekanan emosi, peraturan yang ketat serta persaingan yang terpendam.
Seiring berjalannya waktu, kedua-dua wanita itu mula menyedari bahawa punca sebenar penderitaan mereka mungkin bukan sesama sendiri. Sebaliknya, ia mungkin berpunca daripada Azlan sendiri—seorang lelaki yang dipandang tinggi oleh masyarakat, namun menggunakan agama sebagai alat untuk mengawal dan memanipulasi kehidupan kedua-dua isterinya.

Posting Komentar