Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem istimewa sempena Hari Bapa, Camar Poelang, yang bakal menghiasi slot Panggung RTM pada Sabtu, 20 Jun 2026, jam 9.00 malam menerusi TV1 dan RTMKlik.
Camar Poelang
Waktu Siaran: Sabtu, 20 Jun 2026, jam 9.00 malam
Saluran: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Ares Bahar
Pengarah: Zairol Fahmee Khairuddin
Produksi: Unit Drama TV RTM
Barisan Pelakon
Wan Raja sebagai Zahir
Faha Azhar sebagai Akil
Ku Farisah sebagai Orked
ArielGanu sebagai Abe Leh
Yaacob Aziz sebagai Pak Soh
Azizah Mahzan sebagai ibu Zahir
Razzuan Rosli sebagai Halim
Sinopsis
Camar Poelang mengisahkan Zahir, seorang penulis yang memilih untuk mengasingkan diri di sebuah perkampungan nelayan demi mencari ketenangan dan ilham. Namun, kehidupannya berubah apabila dia terperangkap dalam sebuah konflik yang sarat dengan fitnah, kasih sayang dan pengorbanan.
Segalanya bermula apabila Akil, seorang anak istimewa yang dikenali baik hati, dituduh cuba mencabul Orked, gadis yang paling rapat dengannya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Orked koma selepas insiden tersebut. Halim, seorang pemuda kampung yang kecewa kerana cintanya ditolak oleh Orked, mengambil kesempatan menuduh Akil sebagai dalang kejadian itu dan menyebarkan fitnah kepada penduduk kampung.
Dalam masa yang sama, Pak Soh yang amat menyayangi anaknya, Akil, berusaha sedaya upaya untuk membersihkan nama dan membuktikan bahawa tuduhan tersebut tidak berasas. Tragedi yang menimpa keluarga itu bukan sahaja mencetuskan pergolakan dalam komuniti kampung, malah turut membuka mata Zahir tentang erti kasih sayang, kepercayaan dan pengorbanan seorang bapa. Pengalaman yang disaksikannya akhirnya menjadi inspirasi kepada karya yang ditulis, sekali gus mencerminkan perjalanan hidupnya sendiri.

Posting Komentar