Free Tonton Dink! I Love You

 

Platform penstriman UTV membawakan telefilem terbaharu berjudul Dink! I Love You, sebuah naskhah yang menggabungkan elemen romantik dan sukan pickleball yang semakin mendapat perhatian ramai. Telefilem ini dibintangi oleh Anna Jobling, Arfie Shah dan Aedy Ashraf sebagai watak utama. Jangan ketinggalan menyaksikannya mulai 18 Jun 2026 secara eksklusif di aplikasi UTV.

Dink! I Love You
Tarikh Tayangan: 18 Jun 2026
Platform Penstriman: UTV
Pengarah: Boy Koci
Produksi: Motio Studio

Barisan Pelakon

  • Anna Jobling sebagai Diba

  • Arfie Shah sebagai Ghazali

  • Aedy Ashraf sebagai Arman

  • Juzzthin sebagai Rey

  • Anna sebagai Suzy

  • Dottie

Sinopsis
Dink! I Love You mengisahkan Diba, seorang pemain pickleball yang berbakat besar, yang membuat keputusan meninggalkan pasangannya, Arman, dan memilih Ghazali sebagai rakan sepasukan baharu. Walaupun Ghazali merupakan seorang pelajar cemerlang yang tidak mempunyai latar belakang dalam sukan tersebut, Diba tetap yakin dengan potensinya.

Dengan latihan yang berterusan, dorongan serta kepercayaan yang diberikan oleh Diba, Ghazali mula berkembang menjadi seorang pemain yang lebih berkeyakinan dan berdaya saing. Di sebalik cabaran di gelanggang, hubungan mereka turut melalui pelbagai liku yang mengajar erti keyakinan diri, kesetiaan dan pengorbanan. Lebih daripada sekadar kisah mengejar kejayaan dalam sukan, telefilem ini turut memaparkan bagaimana cinta boleh hadir dan berkembang apabila dua hati saling menyokong dalam menghadapi cabaran hidup.

Posting Komentar