Free Tonton Direbus Tak Empuk

 

Jangan lewatkan telefilem “Direbus Tak Empuk” arahan Harris Fadzillah yang akan menemui penonton pada Rabu, 27 Mei 2026, pukul 3:05 petang menerusi TV2 dan juga platform RTMKlik.

Direbus Tak Empuk
Tarikh & Waktu Siaran: Rabu, 27 Mei 2026, 3:05 petang
Saluran: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Fida Rohani
Pengarah: Harris Fadzillah
Penerbit: Izzat Corporate Consultancy Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon: Adeline Tsen, Alif Muhaimin, Anita Permata Sari, Zila Bakarin, Jesse Lim dan Chor Yian Ping.

Sinopsis
Telefilem ini mengisahkan perjalanan hidup Ai Lin, seorang gadis berketurunan Cina yang memilih untuk memeluk Islam selepas hatinya terbuka menerima hidayah. Keputusannya itu mendapat tentangan hebat daripada kedua-dua ibu bapanya, Mr. Wong dan Madam Wong, sehingga dia dihalau keluar dari rumah. Walaupun berdepan pelbagai cabaran dan penolakan, Ai Lin tetap teguh mempertahankan pilihannya.

Dalam menghadapi ujian hidup tersebut, Ai Lin mendapat sokongan daripada Zain, sahabat yang telah dikenalinya sejak kecil. Zain sentiasa berada di sisinya, membantu mengharungi pelbagai rintangan sehingga akhirnya mereka mendirikan rumah tangga. Pada masa yang sama, Zain turut berusaha untuk merapatkan kembali hubungan antara Aisyah (Ai Lin) dengan ibu bapanya agar ikatan kekeluargaan yang terputus dapat dipulihkan semula.

Posting Komentar