Free Tonton Hening Rindu

 

Sempena sambutan Maal Hijrah, jangan ketinggalan menyaksikan telefilem Hening Rindu yang akan menemui penonton pada Rabu, 17 Jun 2026, jam 9.00 malam menerusi TV2 dan RTMKlik.

Hening Rindu
Tarikh & Masa Tayangan: Rabu, 17 Jun 2026, jam 9.00 malam
Saluran: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Noy Ibrahim
Pengarah: Aizad Rosli
Produksi: Illusion Maya Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Nazeera Sardi

  • Fauzi Nawawi

  • Ziema Din

  • Ezaidi Aziz

  • Qaid Aqwa

  • Reza Hasbi

  • Faye Kusairi

  • Nor Azifah Abidin

  • Azim Yusof

Sinopsis
Hening Rindu mengisahkan kehidupan Mariam yang penuh dugaan selepas berkahwin dengan Hakim, seorang penagih dadah. Dalam usaha membesarkan anak-anaknya, Mariam terpaksa menanggung pelbagai penderitaan dan ujian yang berat. Keadaan menjadi lebih tragis apabila dia dituduh melakukan kesalahan yang tidak pernah dilakukannya sehingga dihukum penjara.

Ketika Mariam berdepan saat paling sukar dalam hidupnya, ibu tirinya pula berpakat dengan Hakim untuk menjual bayi yang baru dilahirkannya kepada sepasang suami isteri yang berada. Selepas kematian ibu tirinya, satu lagi rahsia mengejutkan terbongkar apabila Mariam mengetahui bahawa harta pusaka peninggalan arwah ayahnya, termasuk tanah dan rumah warisan keluarga, telah dijual tanpa pengetahuannya. Kisah ini memaparkan ketabahan seorang wanita dalam menghadapi pengkhianatan, kehilangan dan ujian hidup yang bertimpa-timpa.

Posting Komentar