Free Tonton Khadam

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem seram Khadam, arahan Shamyl Othman, yang mula menghantui pawagam di seluruh Malaysia bermula 11 Jun 2026. Filem ini menampilkan pelakon Indonesia, Aghniny Haque, bersama Datuk Remy Ishak dan Siti Khadijah Halim sebagai teraju utama.

Khadam
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 11 Jun 2026
Penulis Skrip: Fariza Azlina
Pengarah: Shamyl Othman
Produksi: Red Communications & Komet Productions

Barisan Pelakon

  • Aghniny Haque sebagai Melor

  • Datuk Remy Ishak sebagai Awang

  • Siti Khadijah Halim sebagai Manis

  • Jun Lojong sebagai Nek Mak

  • Zarra Zhaf sebagai Puteh

  • Karl El sebagai Hitam

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tak Berlagu
Penyanyi: Ernie Zakri
Komposer: NJWA dan Rendra Zawawi
Lirik: NJWA

Sinopsis
Selepas kematian ibunya, Melor terpaksa menerima warisan saka keluarga yang berupa entiti ghaib menyerupai dirinya dalam versi yang lebih ideal dan sempurna. Sedikit demi sedikit, makhluk tersebut mula mengambil tempat Melor dalam kehidupan sehariannya, termasuk sebagai isteri kepada Awang dan ibu kepada anak-anak mereka.

Berlatarbelakangkan suasana tahun 1950-an, Melor bukan sahaja berdepan ancaman daripada kuasa mistik, malah turut bergelut dengan kehilangan identiti apabila insan-insan yang disayanginya semakin cenderung menerima kewujudan “Melor” yang lain. Ketika bayangan gelap itu semakin menguasai hidupnya, Melor harus berjuang untuk mempertahankan keluarga, masa depan dan jati dirinya sebelum semuanya dirampas sepenuhnya.

Posting Komentar