Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri “Luka Di Hujung Setia” yang bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 2 Jun 2026, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 7:00 malam. Drama 28 episod terbitan Country & Universal Sdn Bhd ini diarahkan oleh Raja Mukhriz dan menampilkan gandingan mantap Adi Putra serta Zara Zya sebagai teraju utama. Drama ini juga boleh ditonton lebih awal selama 24 jam menerusi Tonton atau aplikasi Tonton.
Luka Di Hujung Setia
Jumlah Episod: 28
Tarikh Tayangan: 2 Jun 2026
Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Raja Azidah Raja Jaafar
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Barisan Pelakon dan Watak
Adi Putra sebagai Irsyad
Zara Zya sebagai Dhia
Irfan Zaini sebagai Faris
Cahaya Nilam sebagai Zulin
Dhia Adreyana sebagai Aira
Angella Joliey sebagai Nuha
Puteri Khareeza sebagai Sally
Lisdawati sebagai Mak Ani
Izzul Faiq sebagai Razlan
Sinopsis
Drama ini mengisahkan Dhia, seorang isteri dan ibu yang sanggup meninggalkan kampung halaman demi membantu suaminya, Irsyad, yang berdepan kesukaran hidup selepas kehilangan pekerjaan tetap. Dengan Irsyad kini hanya bekerja sambilan di sebuah ladang sambil menanggung beban hutang keluarga, Dhia mengambil keputusan untuk merantau ke ibu kota bagi mencari peluang yang lebih baik demi kelangsungan hidup mereka.
Walaupun berat untuk berpisah dengan isteri dan anak, Irsyad merestui keputusan tersebut. Namun, jarak yang memisahkan mereka sedikit demi sedikit mula menguji keutuhan rumah tangga yang dibina. Di kota, Dhia mendapat sokongan daripada Faris, seorang pengurus projek yang sering membantunya menghadapi tekanan dan cabaran hidup. Tanpa disedari, hubungan yang bermula sebagai persahabatan itu semakin rumit, apatah lagi Faris sebenarnya telah berumah tangga dengan Nuha.
Keadaan menjadi semakin genting apabila hubungan tersebut mencetuskan konflik yang akhirnya meruntuhkan perkahwinan Dhia dan Irsyad. Selepas perpisahan itu, Irsyad meneruskan kehidupan sebagai bapa tunggal yang membesarkan anak mereka, Aira, sambil memendam kekecewaan yang masih berbekas di hati. Dalam masa yang sama, kehadiran Zulin yang sentiasa membantu menguruskan Aira dan memberi sokongan kepada Irsyad sedikit demi sedikit membuka lembaran baharu dalam hidupnya.
“Luka Di Hujung Setia” menampilkan kisah tentang pengorbanan, kesetiaan, cinta dan ujian rumah tangga yang menguji kekuatan hati setiap insan.

Posting Komentar