Jangan lepaskan peluang mengikuti drama bersiri 'Anom Suraya' yang bakal menemui penonton menerusi slot Lestary TV3 bermula 4 Julai 2026. Drama 13 episod ini akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam, di TV3 serta boleh distrim menerusi Tonton.
Menariknya, Anom Suraya diadaptasi daripada novel klasik terbitan tahun 1992 hasil karya Dr. Samsiah Mohd. Nor, yang juga merupakan ibu kepada pelakon utama, Daiyan Trisha. Drama arahan Osman Ali ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Idris Khan, Yusuf Bahrin, Fazlina Ahmad Daud, Halim Radzi, Puteri Khareeza, Iman Suhana dan ramai lagi.
Bersempena tayangan perdana, penonton akan disajikan siaran istimewa selama dua jam yang menampilkan dua episod pertama secara berturut-turut pada Sabtu, 4 Julai, bermula jam 9.00 malam. Selain itu, episod baharu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi platform penstriman Tonton.
Anom Suraya
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 4 Julai 2026
Waktu Siaran: Jumaat – Sabtu, 9.00 malam
Rangkaian: TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Mida Yusof
Penulis Novel: Dr. Samsiah Mohd. Nor
Pengarah: Osman Ali
Produksi: Nuansa Film Sdn. Bhd.
Watak Pelakon
Daiyan Trisha sebagai Anom Suraya
Idris Khan sebagai Bakhtiar
Yusuf Bahrin sebagai Badrol
Iman Suhana sebagai Mastura
Fazlina Ahmad Daud sebagai Puan Raden
Halim Radzi sebagai Roy
Dr. Samsiah Mohd. Nor sebagai Mak Uteh
Puteri Khareeza sebagai Suzie
Azna Hamid sebagai Mak Limah
Saliza Ali sebagai Mak Lang
Pak Idris sebagai Pemandu Puan Raden
Sinopsis Anom Suraya
Drama ini mengisahkan Anom (Daiyan Trisha), seorang gadis dari kampung yang berhijrah ke Kuala Lumpur demi membantu menyara kehidupan ibunya. Dia bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman Puan Raden dan diberikan tanggungjawab menjaga Bakhtiar (Idris Khan) serta adiknya, Badrol (Yusuf Bahrin), yang berdepan masalah kesihatan mental. Kehadiran Anom sedikit demi sedikit membawa sinar baharu kepada keluarga itu, namun pada masa yang sama turut mencetuskan pelbagai konflik emosi.
Keadaan menjadi semakin kompleks apabila hubungan antara Anom dan Bakhtiar berkembang menjadi cinta. Dalam masa yang sama, Badrol juga mula menyimpan perasaan terhadap Anom, sekali gus mewujudkan dilema yang sukar untuk dirungkaikan. Puan Raden pula berharap Anom terus berada di sisi Badrol bagi memastikan keadaan emosi anaknya kekal stabil. Berdepan situasi tersebut, Anom terpaksa membuat pilihan antara mengikuti kata hati atau menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadanya.

Posting Komentar