Jangan ketinggalan menyaksikan drama aksi kepolisan 'Gerak Khas 2.0' yang bakal menemui penonton bermula 3 Julai 2026. Drama bersiri sebanyak 26 episod ini akan disiarkan setiap Jumaat, jam 8.30 malam, secara eksklusif di TVS.
Gerak Khas 2.0
Episod: 26
Tarikh Tayangan: 3 Julai 2026
Waktu Siaran: Jumaat, 8.30 malam
Rangkaian: TVS
Pengarah: Yusof Haslam
Produksi: Skop Productions
Watak Pelakon
Hans Isaac sebagai Hans
Erra Fazira sebagai DSP Jeslina
Anding Indrawani sebagai Inspektor Anding
Tisha Shamsir sebagai Inspektor Tisha
Salina Saibi sebagai ASP Salina
Yusof Haslam sebagai DCP Datuk Helmi
Z Zamri sebagai Sarjan Zaidi
C. Kumaresan sebagai Kumar
Emily Elizabeth sebagai Inspektor Sally
Sinopsis Gerak Khas 2.0
Gerak Khas 2.0 mengisahkan sebuah unit elit polis yang dipertanggungjawabkan untuk membanteras pelbagai jenayah berprofil tinggi di Kuala Lumpur, ketika kadar jenayah semakin membimbangkan. Setiap misi yang dikendalikan bukan sahaja menguji kecekapan pasukan dalam menegakkan undang-undang, malah turut mencabar nilai kepercayaan, integriti serta semangat kerjasama mereka dalam menghadapi penjenayah yang semakin licik.

Posting Komentar