Nantikan drama adaptasi novel 'Akad Tak Dipinta' hasil karya Aalin Amily yang bakal menemui peminat menerusi slot Samarinda TV3 bermula 30 Julai 2026, disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam, atau boleh distrim di tonton. Drama sebanyak 20 episod ini diarahkan oleh Amor Rizan di bawah terbitan MIG Production Sdn Bhd, membawakan lakonan Redza Rosli, Nasuha Sulaiman, Faa Zaini, Darien Aeldra dan Sharifah Shahora.
Akad Tak Dipinta Episod: 20 Tarikh Tayangan: 30 Julai 2026 Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam Rangkaian: Samarinda TV3 / tonton Penulis Novel: Aalin Amily Penulis Skrip: Rehal Nuharis, Kotak Cerita, Panel MIG Pengarah: Amor Rizan Produksi: MIG Production Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Redza Rosli sebagai Seth Aliman
- Nasuha Sulaiman sebagai Seri Lidyani
- Haleeda Mazlin sebagai Kalida
- Sharifah Shahora sebagai Mak Kiah
- Aleza Shadan sebagai Mastura
- Darien Aeldra sebagai Ikhmal
- Faa Zaini sebagai Harlyn
- Kween Keela sebagai Ana
- Adil Luca sebagai Aiden
- Nazaty Gina sebagai Elena
- Zuhairy Ibrahim sebagai Dato Huzairi
- Syerryfa Alhabshee sebagai Eton
- Fendy Bakry sebagai Saif Aliman
Lagu Tema (OST) Lagu: Kosong Penyanyi: Aufahanie Komposer & Lirik: Aiman Sidek & Hafiz Hamidun
Sinopsis Kisah ini mengikuti Seri (Nasuha Sulaiman), seorang akauntan yang cuba menata semula hidupnya selepas kehilangan cinta pertamanya, Saif (Fendy Bakry), dalam satu kemalangan ngeri.
Hidupnya sekali lagi berubah arah apabila dia bertemu Seth (Redza Rosli), majikannya yang bersikap dingin dan menyimpan pelbagai rahsia. Bagi membebaskan diri daripada belenggu sebuah perkahwinan yang menyeksakan, Seri menerima lamaran Seth tanpa menyedari bahawa ikatan itu bakal membawanya ke dalam lembaran hidup yang penuh derita.
Selepas resmi menjadi suami isteri, terbongkarlah satu kebenaran yang mengejutkan — Seth sebenarnya adalah adik kandung arwah Saif. Perkahwinan mereka bukan lahir daripada cinta, sebaliknya didorong oleh dendam lama, kerana Seth ingin membalas dendam atas kehancuran keluarganya.
Akhirnya, Seri menjadi sasaran kemarahan Seth, terpaksa menanggung hukuman atas kesalahan yang tidak pernah dilakukannya. Situasi semakin runcing dengan kemunculan Harlyn (Faa Zaini), seorang wanita licik yang sanggup melakukan apa sahaja untuk merampas Seth dan menghancurkan kehidupan Seri.
Di sebalik derita, air mata dan pergolakan dunia korporat, rahsia-rahsia gelap mula terbongkar satu persatu — termasuk kebenaran sebenar di sebalik pemergian Saif dan permusuhan keluarga yang selama ini terpendam.
Mampukah kejujuran menyembuhkan luka akibat dendam yang begitu mendalam? Atau adakah perkahwinan yang bermula tanpa cinta ini ditakdirkan untuk berakhir dengan kehancuran?

Posting Komentar