Saksikan telefilem Kerana Sayang Aku Tinggalkan yang akan disiarkan pada Rabu, 22 Julai, jam 9 malam di TV2 atau boleh distrim melalui RTMKlik.
Kerana Sayang Aku Tinggalkan Waktu Siaran: Rabu, 22 Julai 2026, 9:00 malam Rangkaian: TV2 / RTMKlik Pengarah: Faizal Ariff Produksi: Atharizz Studio Sdn Bhd Pelakon: Aqasha, Liyana Jasmay, Aishah Azman, Rusdi Ramli, Didie Alias, Afdlin Shauki
Sinopsis Sudah 8 tahun Imran dan Airien mendirikan rumah tangga, namun mereka masih belum dikurniakan zuriat kerana Airien sendiri belum bersedia untuk itu. Keadaan ini membebankan fikiran Imran. Ditambah pula dengan sikap Airien yang kurang memberi perhatian terhadap urusan rumah tangga seperti memasak, mengemas dan membasuh pakaian, hubungan mereka semakin tertekan.
Kehidupan Imran mula berubah apabila Yana muncul dalam hidupnya — seorang yang baru sahaja kehilangan suami, yang juga merupakan sahabat karib Imran. Perlahan-lahan, Imran mula mengambil berat akan Yana sehingga membawa kepada hasrat untuk melamarnya. Apabila perkara ini diketahui oleh Airien, dia turut menjadi tertekan dan mula bertindak menyerang Yana.

Posting Komentar