Free Tonton Tabik Tuan

Telefilem Drama Kekeluargaan

Tabik Tuan

Naskhah terbaharu arahan Sham Jr. yang mengetengahkan kisah kekeluargaan sarat dengan konflik emosi, khususnya hubungan antara seorang anak dengan bapanya yang banyak menghabiskan masa demi melaksanakan tanggungjawab sebagai anggota polis.

Maklumat Siaran

Tarikh & Waktu Rabu, 9 September 2026 (9.00 Malam)
Saluran TV2 & RTMKlik
Pengarah Sham Jr.
Idea Asal Azal Ezreen
Penulis Skrip Azal Ezreen & Azilah Wahab
Produksi Two Tones Sdn Bhd

Sinopsis

Kehidupan Hanif, anak kepada anggota polis Koperal Firdaus, sering dibayangi rasa kecewa kerana menganggap bapanya terlalu mengutamakan tugas sehingga mengabaikan dirinya dan ibunya.

Perasaan tersebut menyebabkan Hanif pernah meminta bapanya meninggalkan kerjaya sebagai anggota polis. Namun, keadaan menjadi semakin rumit selepas ibunya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan jalan raya.

Dalam tempoh yang sama, Koperal Firdaus pula ditahan kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang penjenayah. Walaupun akhirnya dibebaskan daripada tuduhan tersebut, kejadian itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap hubungan antara bapa dan anak.

Sejak tragedi berkenaan, hubungan Hanif dengan bapanya semakin renggang. Hanif terus menyimpan rasa kecewa dan menyalahkan bapanya atas segala perkara yang berlaku dalam hidup mereka.

Barisan Pelakon

Reyza Ratengi
Sahronizam Noor
Fiza Halim
Halim Radzi
Muaz Fitri
Pablo Amirul

Posting Komentar