Free Tonton Orang Perang

Filem Epik · Aksi · Sejarah

ORANG PERANG

Kisah Keberanian Pahlawan Orang Asli Era Darurat

DI PAWAGAM · 1 OKTOBER 2026

Filem epik aksi Orang Perang, arahan Hashim Rejab, bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 1 Oktober 2026. Diinspirasikan daripada kisah benar masyarakat Semai, filem ini membawa penonton menelusuri Tanah Melayu pada era 1950-an, ketika ancaman komunis mencetuskan ketegangan dan mengancam keselamatan penduduk.

Info Filem

Genre Aksi
Tarikh Tayangan 1 Oktober 2026
Penulis Skrip Rahman Nanyan
Pengarah Hashim Rejab
Syarikat Produksi Nanord Studio Production Sdn. Bhd.

Barisan Pelakon dan Watak

  • Niezam Zaidi — Bah Tangga
  • Ammar Alfian — Pelangkin
  • Syazwan Zulkifli — Bah Ayob
  • Fadhli Masoot — Bah Sidap
  • Adam Corrie — Chin Poh
  • Fauzi Nawawi — Inspektor Syed Zainal
  • Izuan Razali — Bah Panggal
  • Dewa Arteh — Bah Kati
  • Josiah Hogan — R.O.D. Noone
  • Hairi Safwan — Abdullah CD
  • Din Tamam — Bah Samad
  • Mustaqim Bahadon — Sarjan Abu
  • Kazar Saisi — Namron
  • Razib Salimin
  • Vanida Imran
  • Wan Chai
  • Namron
  • Azhan Rani

Lagu Tema (OST)

Sumpah Leluhur

Penyanyi: Niezam Zaidi bersama Elly Langkasuka

Sinopsis Orang Perang

Berlatarbelakangkan era Darurat Malaya pada tahun 1950-an, Orang Perang mengangkat kisah perjuangan Unit Senoi Praaq, pasukan elit masyarakat Orang Asli yang bernaung di bawah Pasukan Gerakan Am (PGA), Polis Diraja Malaysia.

Ketika kumpulan komunis Bintang Tiga berusaha menembusi kawasan pedalaman dan mempergunakan komuniti Orang Asli yang tinggal terpencil sebagai penyokong serta pembekal bekalan, pegawai perisikan British, R.O.D. Noone, mengemukakan cadangan untuk menubuhkan sebuah pasukan khas. Cadangan tersebut mendapat kelulusan Jeneral Sir Gerald Templer pada tahun 1956.

Pasukan ini dianggotai sepenuhnya oleh pahlawan Orang Asli daripada suku Semai dan Temiar. Mereka menggabungkan latihan ketenteraan moden dengan kemahiran menelusuri hutan yang diwarisi turun-temurun bagi melaksanakan misi berbahaya untuk mengesan dan menumpaskan pemberontak komunis.

Keunggulan mereka dalam membaca jejak dan melancarkan serangan hendap bukan sahaja membantu mempertahankan kampung halaman, malah menarik perhatian pihak antarabangsa. Kehebatan pasukan ini turut dikaitkan dengan gelaran “The Silent Killer” yang diberikan oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).

Menerusi kisah perjuangan, keberanian dan kepakaran luar biasa pahlawan Orang Asli, Orang Perang mengetengahkan satu sisi sejarah yang memperlihatkan sumbangan mereka dalam mempertahankan keselamatan tanah air.

Posting Komentar