Pemuja Syaitan
Misteri masa silam, dendam terpendam dan tragedi di sebuah pulau terpencil.
Pengenalan Filem
Filem seram Pemuja Syaitan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 15 Oktober 2026. Naskhah ini menandakan kemunculan sulung Liyana Jasmay sebagai pengarah filem cereka.
Diterbitkan oleh Mermaid Studios dengan kerjasama Suraya Filem Production & Distribution, Skop Productions dan KL Post, filem ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Zul Ariffin, Aila Azizul, Nadhir Nasar dan Elizabeth Tan. Menggabungkan elemen misteri, dendam silam dan kejadian mengerikan, Pemuja Syaitan menjanjikan sebuah kisah seram yang penuh tanda tanya.
Info Filem Pemuja Syaitan
Senarai Pelakon dan Watak
Antara pelakon yang membintangi filem Pemuja Syaitan ialah:
- Zul Ariffin sebagai Inspector Zul
- Aila Azizul sebagai Khatijah
- Nadhir Nasar sebagai Nazim
- Elizabeth Tan sebagai Julie
- Aida Amron sebagai P
- Ellyza Azizi sebagai Ana
- Dhabita Auji sebagai Marissa
- Nat Aaliyah sebagai Amira
- Hakim Khan sebagai Halim
- Marsha Biddulph sebagai Ain
- Atoi Tohet
- Yusuf Amin
- Selena Jasmay
- Dee Al Hadi
- Dr Rosdeen Suboh
Sinopsis Pemuja Syaitan
Filem ini mengisahkan enam bekas rakan sekelas, iaitu Khatijah, Ana, Marissa, Nazim, P dan Julie, yang kembali bertemu di sebuah pulau terpencil untuk mengimbau kenangan zaman persekolahan mereka. Pertemuan yang pada mulanya dipenuhi suasana nostalgia itu berubah apabila mereka menemukan semula sebuah kapsul masa yang telah ditanam bertahun-tahun sebelumnya.
Keputusan untuk menggali kapsul tersebut rupa-rupanya membuka kembali kisah silam yang sarat dengan kesedihan dan dendam terpendam. Pertemuan yang sepatutnya menjadi ruang untuk mengeratkan kembali persahabatan akhirnya bertukar menjadi pengalaman mengerikan apabila satu tragedi berlaku.
Keesokan harinya, enam mayat ditemukan di pulau berkenaan. Seorang individu pula dilaporkan hilang, manakala seorang lagi mengalami trauma yang serius. Kejadian misteri itu menimbulkan pelbagai persoalan tentang apa yang sebenarnya berlaku pada malam tersebut.
Bagi merungkai kejadian itu, Inspektor Zul ditugaskan ke pulau berkenaan untuk menyiasat kes dan menyusun semula kronologi peristiwa yang membawa kepada tragedi tersebut. Dia perlu mencari jawapan di sebalik kejadian aneh itu sebelum keadaan menjadi semakin buruk.
Saksikan Pemuja Syaitan di pawagam mulai 15 Oktober 2026 untuk mengikuti sebuah kisah seram yang menyelongkar rahsia silam, dendam dan misteri yang mengancam nyawa.
Posting Komentar