Saksikan drama Dear Farris yang diadaptasi daripada novel Bella Irdina Temptation karya Roses Orkeds, bakal ditayangkan secara eksklusif di platform Tonton bermula 18 April 2026, setiap Sabtu dan Ahad. Drama arahan Azhar Khalid ini dibintangi oleh pelakon seperti Siti Hariesa, Noki K-Clique, Nabil Aqil, Ruhainies dan Noniswara.
Dear Farris
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 18 April 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad
Platform Penstriman: Tonton
Penulis Skrip: Shida Zali, Eja Lorena, Amin Shakib, Raja Azidah
Pengarah: Azhar Khalid
Produksi: Million Pictures
Barisan Pelakon
Siti Hariesa sebagai Bella Irdina
Noki K-Clique sebagai Syed Farris
Ruhainies sebagai Hanna
Nabil Aqil sebagai Asyraf
Noniswara sebagai Datin Afifah
Faizul Syaharin sebagai Datuk Arshad
Puteri Lofea sebagai Armell
Zarrin sebagai Irham
Carissa Azhar sebagai Emily
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Janjiku Padamu
Penyanyi: Zahra
Komposer & Lirik: Amsyar Sabri & Emeer Bakri
Sinopsis
Drama ini mengisahkan Syed Farris yang pernah dikecewakan dalam percintaan sehingga memilih untuk menutup hati sepenuhnya. Berbeza dengan Bella Irdina yang masih percaya bahawa cinta sejati mampu mengubah kehidupan seseorang.
Pertemuan singkat mereka menimbulkan perasaan yang sukar ditafsirkan, sebelum takdir mempertemukan mereka semula sebagai suami isteri melalui perkahwinan yang diatur keluarga. Namun, Farris tetap enggan membuka hati dan berpegang pada prinsip bahawa cinta tidak lagi bermakna dalam hidupnya.
Walaupun berdepan sikap dingin suaminya, Bella tidak berputus asa dan terus berusaha dengan penuh kesabaran untuk memenangi hati Farris, meskipun pelbagai cabaran menguji emosi serta harga dirinya.
Kisah dua insan dengan pandangan berbeza tentang cinta ini menimbulkan persoalan—mampukah mereka mencapai persefahaman sebelum segalanya terlambat?

Posting Komentar