Free Tonton Jiwa Seorang Pentaksub Full Episod

 

Saksikan drama bersiri Jiwa Seorang Pentaksub yang bakal menghiasi slot Samarinda TV3 bermula 1 Jun 2026. Drama 25 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam, dan turut boleh ditonton menerusi platform iQIYI sejam selepas tayangan di TV3. Terbitan Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. ini diarahkan oleh Nur Ain Sharif dengan skrip hasil nukilan Rina Khan dan Sherry Khan. Barisan pelakonnya menampilkan Datuk Rosyam Nor, Sophia Albarakbah, Rita Rudaini, Shahz Jaszle, Ady Mohammad, Ariff Idrus serta ramai lagi.

Jiwa Seorang Pentaksub mengangkat kisah Firzan (Rosyam Nor), seorang lelaki yang berjaya membina pengaruh besar dalam arena politik sehingga menjadi tokoh yang dihormati ramai. Perjalanannya bermula sebagai pemandu peribadi kepada seorang ahli politik berpengaruh. Dari situ, Firzan mula memahami bahawa kuasa mampu membuka pelbagai peluang, lalu menggunakan perkahwinan sebagai strategi untuk menembusi dunia politik sebelum akhirnya membina empayar dan pengaruhnya sendiri.

Namun, ketaksuban Firzan terhadap kuasa menyebabkan hubungan kekeluargaan menjadi mangsa. Kehadiran Diana (Sophia Albarakbah), seorang pempengaruh media sosial terkenal yang juga kekasih anaknya, Aiman (Ady Mohammad), mengundang konflik apabila Firzan mula mengatur pelbagai helah demi mendapatkan wanita itu untuk dirinya. Pada masa yang sama, Aidil (Shahz Jaszle), seorang lagi anak Firzan, masih sukar memaafkan bapanya dan terus menyimpan luka serta kebencian yang telah lama terpendam.

Dalam perkembangan lain, Suri (Rita Rudaini) merupakan individu yang paling setia berada di sisi Firzan dan mengetahui banyak rahsia gelap yang disembunyikannya selama ini. Apabila satu demi satu rahsia mula terbongkar dan segala kepalsuan semakin tersingkap, persoalan timbul tentang siapa sebenarnya yang mengawal permainan ini, dan siapakah yang sedang menjadi mangsa manipulasi dalam percaturan penuh kuasa dan kepentingan tersebut.

Full Episod

Episod 1

Episod 2

Episod 3

Episod 4

Episod 5

Episod 6

Episod 7

Episod 8

Episod 9

Episod 10

Episod 11

Episod 12

Episod 13

Episod 14

Episod 15

Episod 16

Episod 17

Episod 18

Episod 19

Episod 20

Episod 21

Episod 22

Episod 23 

Episod 24

Episod 25 (Akhir)

Posting Komentar