Jangan ketinggalan menyaksikan drama Dorm 403 yang bakal mengisi slot Samarinda di TV3 mulai 15 April 2026. Ia disiarkan setiap Isnin hingga Khamis pada jam 10.00 malam, dan turut boleh ditonton melalui aplikasi iQIYI sejam selepas siaran di TV3. Naskhah arahan Raja Mukhriz ini mengetengahkan kisah remaja yang sarat dengan tekanan, konflik serta rahsia yang semakin memuncak dalam kalangan pelajar.
Dorm 403
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 15 April 2026
Waktu Siaran: Isnin – Khamis, 10.00 malam
Saluran: Samarinda TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Shah Rizal Mashur
Pengarah: Raja Mukhriz
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Muaz Zabir sebagai Fuza (Kuyu)
Evertts Gomes sebagai Mohd Hariz
Nik Rifaie sebagai Megat
Zairi Aziz sebagai Sheikh
Gbril sebagai Anas Rizwan (Huq)
Puteri Aleeya sebagai Nur Alisha
Dynas Mokhtar sebagai Puan Asma
Noki sebagai Cikgu Hadid
Muhsin Nadzli sebagai Payan
Shereena sebagai Qistina
Adam Ikmal sebagai Abeng
Sinopsis Dorm 403
Mengisahkan kehidupan para pelajar di Sekolah Menengah Seri Alami, sebuah institusi berasrama penuh yang dikejutkan dengan kehilangan misteri seorang pelajar bernama Sheikh, anak kepada pengetua sekolah, Puan Asma. Pada awalnya, cerita ini berkisar tentang persahabatan, percintaan remaja dan konflik biasa, namun bertukar menjadi tragedi apabila Sheikh menjadi mangsa buli sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai The Palang hingga meragut nyawanya. Dalam ketakutan, rakan-rakan mereka menyembunyikan mayat Sheikh di bawah gazebo sekolah, tetapi mayat tersebut kemudiannya lenyap tanpa jejak.
Peristiwa itu turut membongkar kembali rahsia lama, termasuk kehilangan seorang pelajar lain, Haykal, pada tahun 2008. Seorang wartawan bernama Payan yang menyiasat kes ini mula merungkai sisi gelap sekolah berkenaan, sekali gus mencetuskan ketegangan dalam kalangan warga sekolah. Siri ini memaparkan sisi kelam kehidupan di sekolah berasrama yang sarat dengan cinta, dendam, pengkhianatan serta rahsia yang membawa padah.

Posting Komentar