Saksikan filem Gayong 2 yang akan menemui penonton di pawagam seluruh negara mulai 9 April 2026. Diterbitkan oleh SOL Pictures Sdn Bhd dan diarahkan oleh Faisal Ishak, sekuel ini membawa pendekatan lebih gelap dengan mengetengahkan tema kuasa, rasuah serta jenayah terancang dalam latar pasca Perang Dunia Kedua.
Gayong 2
Genre: Aksi
Tarikh Tayangan: 9 April 2026
Idea Asal: Eric Ong
Penulis Skrip: Sky Khor
Pengarah: Faisal Ishak
Produksi: SOL Pictures Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Beto Kusyairy sebagai Meor
Nabila Huda sebagai Che Som
Syafie Naswip sebagai Mat
Fauzie Laily sebagai Fauzi
Bobby Tonelli sebagai Malcolm
Hanna Aqeela sebagai Mayang
Rabbit Chen sebagai Li Kun
TJ Tian Jiang sebagai Dok Zua
Sandra Lim sebagai Jade Li
Ayez Shaukat sebagai Raja Gajah
Yayan Ruhian sebagai Wak Kusang
Sinopsis Gayong 2
Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, Tanah Melayu kelihatan aman di permukaan, namun sebenarnya sedang dirosakkan oleh keruntuhan dari dalam. Kejahatan tidak lagi tersembunyi, sebaliknya dilindungi oleh sistem birokrasi, hierarki kuasa dan pengaruh wang. Meor Abdul Rahman, seorang pegawai CID dalam pasukan polis British, mula menyedari kewujudan rangkaian rasuah yang diketuai oleh Malcolm, pegawai tinggi yang memutarbelit undang-undang demi kepentingan sendiri. Sementara itu di jalanan, kekuasaan tersebut dilaksanakan oleh Li Kun, ketua gangster yang menguasai aktiviti perjudian, keganasan dan penyeludupan candu dengan perlindungan pihak berkuasa.

Posting Komentar