Saksikan telefilem khas sempena sambutan Hari Raya Aidiladha berjudul Demi Janji Itu yang akan menemui penonton pada Rabu, 27 Mei 2026 jam 10:30 malam menerusi RTM TV1 dan RTMKlik.
Demi Janji Itu
Waktu Tayangan: Rabu, 27 Mei 2026, 10:30 malam
Saluran: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Siti Solehah Abdul Ghani
Pengarah: Heykal Hanifah
Produksi: Luqsar Kreatif Sdn Bhd
Telefilem ini menampilkan barisan pelakon seperti Juhara Ayob, Fadhli Masoot, Amalina Arham, Sobri Anuar, Dai Fuad, Aleza Shadan dan Azlan Azmi.
Sinopsis Demi Janji Itu
Kisah ini memaparkan pengorbanan Khadijah yang tabah menjaga dan membesarkan anak tirinya selepas pemergian suami tercinta. Namun begitu, Irfan yang semakin dewasa mula memberontak sehingga terlibat dalam kegiatan jenayah.
Walaupun berdepan pelbagai dugaan, kasih sayang dan pengorbanan Khadijah akhirnya membuka mata Irfan untuk berubah. Malangnya, Irfan tetap berakhir di tangan pihak berkuasa selepas bertindak berani menyelamatkan adiknya daripada menjadi mangsa penculikan.

Posting Komentar