Jangan lepaskan peluang menonton telefilem istimewa sempena Hari Pekerja berjudul Metaloka yang bakal ditayangkan pada Jumaat, 1 Mei 2026 jam 9.30 malam menerusi TV Okey dan platform RTMKlik.
Metaloka
Waktu Siaran: Jumaat, 1 Mei 2026, 9.30 malam
Rangkaian: TV Okey / RTMKlik
Pengarah: Mohd Zahir Za
Produksi: Anithink Studio
Pelakon: Anas Ridzuan, Amira Syahira, Mubarak Majid, Joyce Harn, Che Kem, Mas Johan, Nik Ramly, Muhilan dan Bella Paloma.
Sinopsis Metaloka
Hasrul merupakan seorang pekerja di sebuah syarikat robotik yang sering menjadi mangsa buli di tempat kerja. Dalam usahanya mencipta satu sistem kecerdasan buatan (AI), dia tidak menyedari bahawa teknologi tersebut mula mengawal dirinya melalui sebuah permainan maya yang diciptanya sendiri. Situasi itu akhirnya membawa Hasrul ke dalam konflik berbahaya antara realiti dan dunia digital.

Posting Komentar