Jangan ketinggalan menyaksikan drama bersiri bertemakan kebombaan PB Orked yang bakal menemui penonton mulai 5 Mei 2026. Drama 13 episod ini akan disiarkan setiap Isnin dan Selasa jam 8 malam menerusi TV2 dan platform RTMKlik. Naskhah terbitan NS Star Sdn Bhd ini diarahkan oleh Harris Fadzillah dengan skrip hasil tulisan Zarina Yassin dan Mohd Anshari Rahizan.
PB Orked
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 5 Mei 2026
Waktu Siaran: Isnin & Selasa, 8.00 malam
Saluran: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Zarina Yassin, Mohd Anshari Rahizan
Pengarah: Harris Fadzillah
Produksi: NS Star Sdn Bhd
Watak Pelakon
Dania Iza sebagai Orked
Imran Aqil sebagai Daniel
Haziq Macquistin sebagai Adam
Rasya Dean sebagai Aina
Aidil Aziz sebagai Mohsin
Darling Ngasri sebagai Julia
Turut dibintangi Raja Azura, Rahim Jailani, Izzy Reef, Anne Ngasri, Ady Mohammad, Naszeli Ngasri, Rosli Rahman Adam dan Inas Sofea.
Sinopsis PB Orked
Orked ialah seorang anggota bomba yang amat berdedikasi terhadap tugas dan tanggungjawabnya. Walaupun begitu, ibunya serta tunangnya berharap dia meninggalkan kerjaya tersebut kerana bimbang dengan risiko dan bahaya yang perlu dihadapinya setiap hari.
Dalam menjalankan tugas, Orked rapat dengan dua rakan setugasnya, Adam dan Aina. Namun, kehadiran seorang anggota baharu bernama Daniel mula menimbulkan tanda tanya dalam kalangan mereka kerana sikapnya yang penuh misteri dan sukar dijangka.

Posting Komentar