Free Tonton Air Mata Terakhir

 

Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem khas sempena sambutan Hari Bapa, Air Mata Terakhir, yang akan menemui penonton pada Ahad, 21 Jun 2026, jam 9.30 malam menerusi TV Okey dan RTMKlik.

Air Mata Terakhir
Waktu Siaran: Ahad, 21 Jun 2026, jam 9.30 malam
Saluran: TV Okey / RTMKlik
Penulis Skrip: Maizura Ederis & Izzati Shah
Pengarah: Khairul Anuar Mat Noor
Produksi: Storyseller Sdn Bhd

Barisan Pelakon

  • Faizal Hussein

  • Jannah Izwandy

  • Fadilah Mansor

  • Husna Mustaffa

Sinopsis
Air Mata Terakhir mengetengahkan kisah menyentuh hati tentang pengorbanan seorang bapa tunggal yang membesarkan anaknya yang cacat penglihatan dengan penuh kasih sayang dan ketabahan. Demi memastikan keselamatan serta masa depan anaknya terjamin, dia sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menanggung risiko besar yang akhirnya membawa dirinya ke tirai besi.

Telefilem ini memaparkan kekuatan kasih seorang ayah yang rela berkorban demi anak tersayang, meskipun terpaksa berdepan pelbagai dugaan dan kehilangan dalam hidupnya. Sebuah kisah penuh emosi yang mengangkat nilai kasih sayang, pengorbanan dan ikatan kekeluargaan yang tidak ternilai.

Posting Komentar