Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem istimewa sempena Hari Bapa, Dia Tetap Ayahku, yang akan bersiaran pada Ahad, 21 Jun 2026, jam 10.00 malam menerusi TV1 dan RTMKlik.
Dia Tetap Ayahku
Waktu Siaran: Ahad, 21 Jun 2026, jam 10.00 malam
Saluran: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Shaza Talib & Najmie Maziez
Pengarah: Izzman Hafiz Izzauddin
Produksi: AJ Productions Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Kiki Fateeha
Johnny Damius
Amin Wali
Fiza Thomas
Lopz Wala
Diego Zarro
Esther Clement Tubong
Rodih Madun
Sinopsis
Dia Tetap Ayahku mengisahkan Alia, seorang gadis yatim piatu yang kehilangan kedua-dua ibu bapanya sejak kecil. Walaupun tidak mempunyai pertalian darah dan berlainan pegangan agama, Pakcik Suman membesarkan Alia dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan tanggungjawab sehingga dianggap sebagai ayahnya sendiri.
Namun, kehidupan Alia mula berubah apabila seorang lelaki bernama Zakri muncul dan mendakwa dirinya sebagai bapa saudara kandung Alia. Kehadiran Zakri menimbulkan pelbagai persoalan serta membuka kembali kisah silam yang sekian lama terpendam. Akhirnya, satu kebenaran mengejutkan terbongkar apabila Zakri didapati merupakan individu yang bertanggungjawab atas kematian ibu bapa Alia. Telefilem ini menampilkan kisah kekeluargaan yang sarat dengan emosi, pengorbanan dan makna sebenar kasih seorang ayah yang tidak semestinya terikat oleh hubungan darah.

Posting Komentar