Free Tonton Jalan Ke Hajj

 

Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem istimewa sempena Hari Raya Aidiladha berjudul “Jalan Ke Hajj” yang akan ditayangkan pada Ahad, 31 Mei 2026, jam 9:00 malam menerusi slot Cereka Ahad TV3 dan juga platform penstriman tonton.

Jalan Ke Hajj
Waktu Siaran: Ahad, 31 Mei 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV3 / tonton
Penulis Skrip: Anomalous Writers
Pengarah: Syed Fariz
Produksi: Anomalous Films
Pelakon: Qi Razali, Ahmad Tarmimi Siregar, Raja Ema, Tiara Suraya dan Danial Dashuki

Lagu Tema (OST)
Tajuk: Tanpa Aku & Sang Guru
Penyanyi: Panji Sakti

Sinopsis
Telefilem ini mengisahkan Rudy, seorang lelaki bujang yang mencari rezeki sebagai pemandu e-hailing dengan menghantar penumpang ke pelbagai destinasi. Kehidupannya yang sederhana berubah apabila bapanya, yang sedang membuat persiapan untuk menunaikan ibadah haji, menerima berita bahawa beliau menghidap penyakit demensia pada peringkat awal.

Diagnosis tersebut menjadi titik permulaan kepada pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh Rudy dan keluarganya. Dalam usaha menguruskan keadaan bapanya serta memenuhi hasrat beliau untuk ke Tanah Suci, Rudy terpaksa berdepan dengan tanggungjawab yang semakin berat dan pelbagai ujian emosi.

Jalan Ke Hajj menyentuh tema kasih sayang keluarga, pengorbanan dan ketabahan dalam menghadapi ujian hidup, di samping memaparkan perjalanan yang penuh makna menuju impian menunaikan ibadah haji.

Posting Komentar