Free Tonton Luka Tanpa Suara

 

Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem istimewa sempena Aidiladha berjudul “Luka Tanpa Suara” yang akan ditayangkan pada Rabu, 27 Mei 2026, jam 11:30 pagi menerusi Salam HD (Saluran 113 Unifi TV).

Luka Tanpa Suara
Waktu Siaran: Rabu, 27 Mei 2026, 11:30 pagi
Saluran: Salam HD (Saluran 113 Unifi TV)
Penulis Skrip: Fatin Nabila
Pengarah: Riza Baharudin
Produksi: A. Aida Production Sdn. Bhd.
Pelakon: Putri Aleeya Antasha, Azeva Natassha, Jay Iskandar, Dilla Ahmad, Zul Huzaimy dan Razin Qidran.

Sinopsis
Telefilem ini mengisahkan Laila, seorang wanita yang membesar dalam suasana keluarga yang kurang memberikan kasih sayang. Hidupnya semakin tertekan apabila dia dipaksa berkahwin demi memenuhi kepentingan keluarganya. Tidak sanggup menerima nasib tersebut, Laila mengambil keputusan untuk meninggalkan keluarga dan membina masa depan sendiri melalui pendidikan serta usaha yang gigih.

Selepas bertahun-tahun berlalu, Laila pulang apabila kedua-dua ibu bapanya semakin uzur. Namun, luka dan kekecewaan yang tersimpan sekian lama membuatkan dirinya sukar untuk memaafkan mereka. Pemergian ayahnya kemudian meninggalkan kesan yang mendalam dan menimbulkan rasa kesal yang sukar dilupakan.

Peristiwa itu akhirnya membuka pintu hatinya untuk melepaskan dendam serta menerima kembali kehadiran ibunya dalam hidupnya. Laila sedar bahawa memaafkan adalah jalan terbaik agar dirinya tidak terus dibelenggu penyesalan dan kesakitan masa lalu.

Posting Komentar