Jangan ketinggalan menyaksikan telefilem istimewa sempena Aidiladha berjudul “Ops: Bapak Bapak Naik Haji” yang akan menemui penonton pada Jumaat, 29 Mei 2026, jam 9:00 malam menerusi Astro Prima dan Astro Oasis. Telefilem ini turut boleh distrim melalui Astro GO dan sooka.
Ops: Bapak Bapak Naik Haji
Waktu Siaran: Jumaat, 29 Mei 2026, 9:00 malam
Saluran: Astro Prima, Astro Oasis
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Idea Asal: Raizal Affendy Yusop
Penulis Skrip: Azal Ezreen
Pengarah: Gieman Penjantan Tangguh
Pelakon: Dato’ Jalaluddin Hasan, Aziz M. Osman, Roy Azman, Ropie, Nasz Sally, Danny Aidid dan Atyka Jalil.
Sinopsis
Telefilem ini mengisahkan sebuah kampung yang selama ini hidup aman dan tenteram, namun suasananya berubah apabila tiga sahabat lama, Tok Jalal, Pak Mus dan Roy, menerima peluang yang tidak disangka-sangka untuk menunaikan ibadah haji. Berita gembira itu disambut dengan penuh rasa syukur dan kegembiraan oleh penduduk kampung yang turut berbangga dengan rezeki yang diterima oleh mereka.
Namun, di sebalik kegembiraan tersebut, timbul pelbagai konflik apabila hubungan antara beberapa pihak yang pernah bermusuhan kembali menjadi tegang akibat peristiwa lama yang belum selesai. Peluang menunaikan haji yang sepatutnya menyatukan mereka akhirnya membuka semula kisah silam yang tersimpan.
Mampukah ketiga-tiga sahabat itu mengatasi segala perselisihan dan menunaikan ibadah dengan hati yang tenang, atau adakah sengketa lama akan terus menghalang mereka daripada mencapai perdamaian? Telefilem ini menyajikan kisah yang sarat dengan nilai persahabatan, kekeluargaan dan keinsafan.

Posting Komentar