Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem komedi kekeluargaan khas sempena Aidiladha berjudul “Pakwe Bonda Letop” yang akan menemui penonton pada Rabu, 27 Mei 2026, jam 10:00 pagi menerusi Astro Ria.
Pakwe Bonda Letop
Waktu Siaran: Rabu, 27 Mei 2026, 10:00 pagi
Saluran: Astro Ria (Saluran 104)
Platform Penstriman: Astro GO, sooka
Pengarah: Najib Amin
Pelakon: Achey, Namie Smy, Shashic, Ejie Freshies, Pak Ya, Areef Amran, Mia Nasir, Iskandar Norzaman dan Has Arteh.
Sinopsis
Telefilem ini mengisahkan gelagat tiga beradik yang berusaha sedaya upaya menggagalkan hubungan cinta ibu mereka dengan seorang petani moden. Mereka mula menaruh syak bahawa lelaki tersebut mempunyai niat tersembunyi untuk menguasai harta keluarga.
Demi memastikan hubungan itu tidak berakhir ke jenjang pelamin, ketiga-tiga beradik tersebut sanggup melakukan pelbagai helah, termasuk menyebarkan fitnah dan merancang sabotaj. Tindakan mereka mencetuskan pelbagai situasi lucu dan kecoh yang mengundang tawa, sambil menguji kepercayaan serta kasih sayang dalam keluarga.

Posting Komentar