Jangan lepaskan peluang menyaksikan filem seram thriller “Polong” yang akan mula ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia bermula 28 Mei 2026. Filem arahan Zulkarnaian Azhar ini menampilkan barisan pelakon terkenal seperti Mimi Lana, June Lojong, Fad Anuar, Nadiya Nisaa, Namron, Amir Nafis dan ramai lagi.
Polong
Genre: Seram Thriller
Tarikh Tayangan: 28 Mei 2026
Pengarah: Zulkarnaian Azhar
Produksi: Apuu Films & Golden Star Pictures
Barisan Pelakon dan Watak
Mimi Lana sebagai Fatima
June Lojong sebagai Maria Hadi
Fad Anuar sebagai Mamat
Nadiya Nisaa sebagai Marissa
Namron sebagai Adi
Riezman Khuzaimi sebagai Man
Amir Nafis sebagai Budi
Elizad Sharifuddin sebagai Sarjan Azizah
Sinopsis
Filem ini mengisahkan Fatima, seorang wartawan yang bersemangat tinggi dalam memburu kebenaran. Ketika menjalankan siasatan mengenai sejarah gelap seorang bomoh wanita yang pernah terlibat dalam siri pembunuhan, Maria Hadi, Fatima tanpa disedari telah membangkitkan satu rahsia yang selama ini tersembunyi daripada pengetahuan manusia.
Maria Hadi dikenali sebagai wanita yang pernah bergelumang dengan amalan ilmu hitam dan kehidupan yang penuh dengan dosa. Menjelang akhir hayatnya, dia berusaha untuk menebus segala kesalahan yang pernah dilakukan. Namun, usaha tersebut tidak mampu menghapuskan sepenuhnya kesan kejahatan yang ditinggalkannya. Apabila kisah silamnya mula tersingkap, satu entiti mistik bernama Polong kembali muncul dan mula mengancam mereka yang mempunyai kaitan dengan masa lalu tersebut.
Dalam keadaan yang semakin meruncing, Fatima mendapatkan bantuan Marissa, anak Maria Hadi yang selama ini memilih untuk hidup jauh daripada masyarakat. Ketika berusaha mencari jalan menghentikan ancaman itu, Marissa terpaksa berdepan dilema yang amat sukar sama ada menerima warisan misteri yang ditinggalkan ibunya atau berjuang untuk menamatkan legasi kejahatan tersebut sekali dan untuk selamanya.

Posting Komentar