Jangan ketinggalan menyaksikan drama terbaharu Viu Original, Cinta Dalam Sekam yang mula distrim pada 16 Julai 2026 secara eksklusif di Viu. Drama bersiri sebanyak 12 episod ini diterbitkan oleh Global Station Sdn. Bhd., diarahkan oleh Feroz Kader, serta menampilkan gandingan pelakon seperti Amir Ahnaf, Siti Khadijah Halim, Haidar Hasanudin, Riz Amin, Yuna Rahim dan ramai lagi.
Cinta Dalam Sekam
Episod: 12
Tarikh Tayangan: 16 Julai 2026
Waktu Siaran: Setiap Khamis & Jumaat
Platform Penstriman: Viu
Penulis Skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Global Station Sdn. Bhd.
Barisan Pelakon
Amir Ahnaf sebagai Imran
Siti Khadijah Halim sebagai Laila
Haidar Hasanudin sebagai Shafiq
Riz Amin sebagai Sudin
Husna Mustaffa sebagai Zira
Yuna Rahim sebagai Amanda
Razak Ahmad sebagai Uwan
Mas Anizan sebagai Datin Marinah
Azhar Amir sebagai Dato Sabiri
Nataaliyah sebagai Alia Natasha
Zarynn Min sebagai Sarina
Shyrim Husni
Lan Siro
Ainina Ahmad
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Sang Penikam
Penyanyi: Noh Hujan & Aina Abdul
Sinopsis
Sebuah keputusan yang dibuat pada masa lalu menjadi titik perubahan dalam kehidupan tiga insan. Terjerat di antara rasa cinta dan tuntutan kesetiaan, mereka terpaksa berdepan dengan kesan daripada pilihan tersebut yang terus menghantui kehidupan mereka selama bertahun-tahun.

Posting Komentar