Jangan lepaskan peluang menyaksikan telefilem khas sempena Hari Nanas Malaysia berjudul 'Manis Tak Lidas' yang akan menemui penonton pada Sabtu, 27 Jun 2026, jam 9.00 malam menerusi TV1 dan RTMKlik.
Manis Tak Lidas
Waktu Siaran: Sabtu, 27 Jun 2026, 9.00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Penulis Skrip: Haida Mazni Mohammad
Pengarah: Amie Maziah Abdul Rahman
Produksi: Layar Atma Kreatif
Pelakon: Sharifah Shahora, Muaz Fitri, Satthiya Kandi, Shamielya Shamsul, Faza Azhar, Evon Tay dan Hushairi Husain
Sinopsis Manis Tak Lidas
Selepas menjadi mangsa penipuan scammer, Laila akhirnya kembali bersemangat apabila mula memelihara pokok nanas kesayangannya yang diberi nama Pina, hasil dorongan daripada ahli keluarga serta jiran-jiran. Namun, kegembiraannya bertukar menjadi kecoh apabila Pina tiba-tiba hilang ketika mereka sedang bercuti. Di sebalik insiden tersebut, Laila berpeluang menimba pengalaman baharu apabila mengunjungi sebuah ladang nanas bersama keluarganya.

Posting Komentar