Telefilem sempena sambutan Hari Badminton Negara berjudul 'Rhodong Koi' bakal menemui penonton pada Sabtu, 4 Julai 2026, pukul 9.00 malam menerusi TV1 dan RTMKlik.
Rhodong Koi merupakan karya yang dicetuskan daripada idea asal Azmawani, dengan skrip serta arahan oleh ZH Emdee @ M. Danial. Telefilem terbitan Gerbang Filem Sdn. Bhd. ini dibintangi oleh Ropie, Bell Ngasri, Fimie Don, Raja Atiq, Saidi Sabri, Isyariana Azmi dan Nurkhiriah.
Mengangkat kisah inspirasi, telefilem ini mengisahkan Syamsul, seorang pemain badminton kampung yang menyerlah bakatnya sejak usia muda dan menerima bimbingan untuk menyertai sesi pemilihan atlet badminton. Namun, impian besarnya musnah apabila dia bersama jurulatihnya terlibat dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan ke pemilihan tersebut. Walaupun gagal meneruskan cita-cita sebagai pemain badminton, Syamsul bangkit membina kehidupan baharu dan akhirnya muncul sebagai usahawan ikan patin yang berjaya.

Posting Komentar