Boss Kid
Drama komedi kekeluargaan Boss Kid mengetengahkan kisah seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang menjadi pencetus perubahan besar dalam kehidupan keluarganya. Dengan kreativiti, keberanian dan kebijaksanaan memanfaatkan media sosial, dia berusaha membantu keluarganya bangkit daripada kesusahan.
Drama 20 episod ini mula bersiaran pada 21 Ogos 2026, setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam menerusi slot Lestary TV3. Episod terbaharu juga boleh distrim 24 jam lebih awal di platform tonton.
Maklumat Drama
Judul: Boss Kid
Bilangan Episod: 20
Tarikh Tayangan: 21 Ogos 2026
Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9.00 malam
Rangkaian: Lestary TV3 / tonton
Penulis Skrip: Shaza Talib & Eja Lorena
Pengarah: Shuhaimi Zulkefli
Produksi: Jaja Ishak Channel Sdn Bhd
Barisan Pelakon
Datuk Fizz Fairuz sebagai Izham
Noorkhiriah sebagai Rafidah
Syed Irfan sebagai Rizqin Irfan
Qistina Raisah sebagai Ryhana
Ummar Dzariff sebagai Idris
Arash Mohd sebagai Hussein
Raja Azmi sebagai Mak Siti
Ikhram Juhari sebagai Chairil Miming
Ungku Hariz sebagai Afzan
Iramakush sebagai Zafirah
Shyrim Husni sebagai Kamal
Riena Amirah sebagai Alesya
Jannah Izwandy sebagai Liza
Sinopsis
Kehidupan keluarga Izham berubah selepas mereka kehilangan sumber pendapatan dan terpaksa berdepan dengan pelbagai tekanan hidup. Dalam keadaan yang serba kekurangan itu, mereka tidak menyangka jalan keluar bakal datang daripada anak mereka sendiri.
Rizqin Irfan, seorang kanak-kanak yang petah berbicara dan mempunyai bakat menghasilkan kandungan digital, pada awalnya hanya menganggap media sosial sebagai ruang untuk berkarya. Namun, apabila Izham dan Rafidah menyedari potensi yang dimiliki anak mereka, mereka mengambil keputusan untuk menggunakan pengaruh Rizqin bagi membantu mempromosikan perniagaan keluarga.
Usaha tersebut akhirnya membuahkan hasil apabila perniagaan Burger Malaysia milik keluarga mereka mula mendapat perhatian dan sambutan orang ramai. Keupayaan Rizqin mencetuskan pelbagai idea kreatif menyebabkan dia mendapat gelaran “Bos Kecik”.
Namun, gelaran itu bukan sekadar nama. Sikap Rizqin yang yakin dan gemar mengarahkan ahli keluarganya ketika menguruskan perniagaan sering menimbulkan pelbagai kejadian mencuit hati. Di sebalik gelagat lucunya, kanak-kanak itu ternyata memainkan peranan penting dalam membantu keluarganya mengembangkan perniagaan.
Ketika perniagaan mereka semakin maju, keluarga Izham mula berdepan dengan cabaran baharu. Kehadiran pesaing serta pihak yang iri hati terhadap kejayaan mereka mencetuskan konflik dan menguji kesatuan keluarga tersebut. Pelbagai halangan terpaksa ditempuhi bagi memastikan perniagaan yang dibina bersama tidak musnah begitu sahaja.
Mampukah Rizqin Irfan dan keluarganya mempertahankan perniagaan mereka serta menghadapi persaingan yang semakin sengit? Saksikan bagaimana seorang “Bos Kecik” menggunakan keberanian, kreativiti dan kebijaksanaannya untuk membantu keluarganya mengharungi setiap cabaran.
Full Episod
Episod 1
Episod 2
Episod 3
Episod 4
Episod 5
Episod 6
Episod 7
Episod 8
Episod 9
Episod 10
Episod 11
Episod 12
Episod 13
Episod 14
Episod 15
Episod 16
Episod 17
Episod 18
Episod 19
Episod 20 (Akhir)null

Posting Komentar