Nantikan filem 'Tiket Sehala' yang mengangkat isu sindiket penipuan pekerjaan dan pemerdagangan manusia. Filem ini diterbitkan oleh Key Billions Sdn Bhd dan diarahkan oleh Rahila Ali. Ia dibintangi oleh Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Ainee Mustafa, Zaki Yamani, Sharifah Sakinah, Hasnul Rahmat, Ardell Aryana, bersama barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia. Tiket Sehala akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 6 Ogos 2026.
Tiket Sehala Genre: Thriller, Survival Tarikh Tayangan: 6 Ogos 2026 Penulis Skrip: Rahila Ali Lakon Layar: Zarina Omar, Amirul Haswendy, Rahila Ali Pengarah: Rahila Ali Produksi: Key Billions Sdn Bhd
Barisan Pelakon
- Noki K-Clique berlakon sebagai Alif
- Jaa Suzuran berlakon sebagai Taqy
- Ainee Mustafa berlakon sebagai Putri
- Sharifah Sakinah berlakon sebagai Kak Sal
- Zaki Yamani berlakon sebagai Boy
- Turut membintangi: Hasnul Rahmat, Sheila Hassan, Fancy Goh, Wafiy Ilham, Hyun-Jun Seok, Ha Ju Young, Tak Teuin, Si Yeol, Shin Hyeon Kyu, Aphisit Usadee (Ninja), Naufal Samudra Weichert, dan Saha Champ
Sinopsis Filem ini menceritakan kisah sekumpulan rakyat Malaysia yang terjebak sebagai mangsa sindiket penipuan pekerjaan sewaktu cuba mencari peluang rezeki di Korea Selatan. Apa yang pada mulanya kelihatan sebagai tawaran kerja bertukar menjadi mimpi ngeri, apabila mereka terperangkap dalam situasi genting yang mengubah hidup mereka sepenuhnya, memaksa mereka membuat pilihan sukar semata-mata untuk terus hidup.
Alif, Putri dan Taqy menjadi antara mangsa keserakahan sindiket yang mengeksploitasi kesusahan dan keterdesakan manusia demi kepentingan sendiri.

Posting Komentar