Free Tonton Sutera Di Balik Purnama

 



Sutera Di Balik Purnama

Saksikan telefilem khas sempena Maulidur Rasul, Sutera Di Balik Purnama, yang akan menemui penonton pada Selasa, 25 Ogos 2026, jam 9:00 malam menerusi TV2 dan RTMKlik.

Maklumat Telefilem

Waktu Siaran: Selasa, 25 Ogos 2026, 9:00 malam

Rangkaian: TV2 / RTMKlik

Skrip: Abdul Nasir Bin Abdul Khalil

Pengarah: Zizan Nin

Produksi: Exuscor Sdn Bhd

Pelakon: Melanie Tan, Iman Zulkarnain, Rosnah Johari, Adriana Ghafar, Donna Simion, Afry Wijoyo, Evon Tay, Mazliana Matsor

Sinopsis

Sutera Di Balik Purnama mengisahkan Melanie, seorang pengusaha butik muda yang terkenal dengan perwatakannya yang agak kasar.

Selepas kematian ibunya, Melanie menerima satu wasiat yang mengubah perjalanan hidupnya. Dia diminta meneruskan perniagaan butik kebaya Nyonya milik ibunya yang terletak di Jonker Walk, Melaka.

Pada awalnya, Melanie sukar menerima tanggungjawab tersebut. Namun, kerana tidak mampu menolak wasiat peninggalan ibunya, dia mula mencari jalan untuk menggagalkan perniagaan itu.

Melanie akhirnya merancang untuk mensabotaj perniagaan butik peninggalan ibunya sehingga perniagaan tersebut mengalami kebankrapan.


Posting Komentar