Free Tonton Takdirnya Cinta

Poster Takdirnya Cinta
UTV Original

Takdirnya Cinta

Bersempena sambutan ulang tahun pertama platform penstriman digital UTV, telefilem istimewa ini menampilkan gandingan gandingan dua bintang popular, Zul Ariffin dan Siti Khadijah dalam kisah penuh emosi dan kejutan.

Maklumat Telefilem

Tarikh Tayangan 9 September 2026
Platform Penstriman UTV
Pengarah Izuan Mokhtar
Penerbit Datuk Nana Hasan

Barisan Pelakon

  • Zul Ariffin sebagai Mikael
  • Siti Khadijah sebagai Sofea
  • Fattah Amin sebagai Fahim
  • Muhsin Nadzli sebagai Ammar
  • Marissa Yasmin sebagai Mak Sofea

Lagu Tema (OST)

🎵
Official Soundtrack
"Tinggalkan Kegelapan"
Penyanyi: Nadeera Zain

Sinopsis

Kisah ini mengikuti perjalanan hidup Sofea, seorang wanita yang baru sahaja mengikat tali pertunangan. Namun, kebahagiaan yang dirasainya tidak bertahan lama apabila tunangnya meninggal dunia dalam sebuah kemalangan tragis.

Sebelum pergi buat selama-lamanya, arwah tunangnya meninggalkan satu amanat yang perlu dilaksanakan oleh Sofea. Berpegang pada pesanan tersebut, Sofea memberanikan diri pergi ke Istanbul untuk mencari abang kepada tunangnya yang selama ini tidak pernah dikenalinya.

Setibanya di kota asing itu, perjalanan Sofea berubah apabila takdir menemukan dirinya dengan seorang lelaki misteri. Pertemuan yang pada awalnya tidak dirancang tersebut perlahan-lahan membuka kembali ruang dalam hati Sofea selepas kehilangan insan yang dicintainya.

Namun, di sebalik pertemuan itu tersimpan sebuah rahsia daripada masa lalu. Rahsia tersebut akhirnya bakal mengubah perjalanan hidup Sofea serta segala yang dipercayainya selama ini.

Pilihan Tontonan

Posting Komentar