ANDAI MASIH ADA MAAF
Rumah Tangga Bahagia Diuji Dendam dan Fitnah
Drama bersiri terbaharu, Andai Masih Ada Maaf, bakal menghiasi slot Akasia TV3 bermula 30 September 2026, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7.00 malam.
Diterbitkan oleh FJ Pictures Sdn. Bhd. dan diarahkan oleh Feroz Kader, drama sepanjang 28 episod ini menampilkan Fattah Amin, Hanna Delisha, Nazrief Nazri dan Malek Mccrone sebagai barisan pelakon utama.
Selain siaran di TV3, penonton juga boleh menonton episod terbaharu menerusi platform penstriman iQIYI secara eksklusif, sejam selepas tayangan di televisyen.
Info Drama
Barisan Pelakon dan Watak
- Fattah Amin — Dr. Reza
- Hanna Delisha — Hana
- Nazrief Nazri — Azmeer
- Malek Mccrone — Haris
- Husna Mustaffa — Siti
- Zaleha Iman — Suci
- Riz Amin — Fazi
- Rasya Dean — Mira
- Shazia Rozaini — Ika
- Samsul Ahmad
- Lisdawati
- Manan Sulaiman
- Fadilah Mansor
- Rahim Jailani
Lagu Tema (OST)
Penyanyi: Ameerais dan Idayu
Komposer dan Penulis Lirik: Nurzaidi Abd Rahman
Sinopsis Andai Masih Ada Maaf
Drama ini memaparkan kehidupan Hana (Hanna Delisha), seorang wanita berkerjaya yang menikmati kebahagiaan rumah tangga bersama suaminya, Dr. Reza (Fattah Amin), seorang pakar psikologi yang dikenalinya sejak zaman universiti.
Kehidupan mereka semakin lengkap dengan kehadiran seorang anak perempuan. Namun, kebahagiaan yang dibina sekian lama mula tergugat apabila Azmeer (Nazrief Nazri), kenalan lama mereka, muncul kembali dan membawa bersamanya rahsia silam yang tidak pernah diketahui oleh Reza.
Pada mulanya, pertemuan semula itu kelihatan biasa sahaja. Reza sendiri berasa gembira kerana dapat bertemu kembali dengan kenalan lama mereka. Namun, di sebalik sikapnya yang bersahaja, Azmeer sebenarnya menyimpan dendam terhadap Hana. Dia mula merancang pelbagai cara untuk menghancurkan rumah tangga pasangan tersebut.
Sedikit demi sedikit, Azmeer melancarkan manipulasi dan menyebarkan fitnah sehingga Reza mula mempersoalkan kesetiaan isterinya. Petunjuk-petunjuk yang sengaja diatur membuatkan Reza semakin yakin bahawa Hana menyembunyikan hubungan sulit daripadanya.
Segala-galanya berubah apabila satu kejadian yang mengaitkan Hana dengan Azmeer menjadi titik permulaan kepada keretakan rumah tangga mereka. Peristiwa itu mengukuhkan lagi kepercayaan Reza bahawa dirinya telah dikhianati oleh wanita yang selama ini dicintainya.
Tanpa mengetahui perkara sebenar, Reza mengambil keputusan untuk menjauhkan diri daripada Hana. Penderitaan Hana semakin bertambah apabila dakwaan kecurangannya tersebar luas dan menjadi tular. Bukan sahaja kehilangan kepercayaan suami, malah dia turut berdepan kecaman daripada ahli keluarga, rakan-rakan serta netizen.
Mampukah Hana membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah? Adakah Reza akan mengetahui muslihat sebenar Azmeer sebelum segalanya terlambat? Saksikan Andai Masih Ada Maaf untuk mengikuti kisah pengkhianatan, dendam dan perjuangan mempertahankan sebuah rumah tangga.
Senarai Episod
Pilih episod untuk membuka pautan tontonan yang disediakan.
Posting Komentar